Thanks to be my Followers:

Friday, August 14, 2009

Pergimu Satu Tanda...

3/8/2009

8.30pm: telah seminggu Ain di Hospital Kajang, terlantar sakit, hanya Tuhan mengetahui penderitaannya. kami yang baru selesai solat isya', menerima panggilan dari ICU, minta kami datang segera untuk bacaan Yassin. keadaan Ain bertambah critical. hanya doa dan tawakkal sahaja mampu menyelematkan ain. Doktor telah habis usaha untuk menyelamatkannya. dalam pada saya sakit-sakit, saya gagahi juga kaki untuk menemani Ain, kuatkan semangat buat bacaan Yassin, saya lihat, kuku kaki Ain kebiru-biruan...Adik-adik di Ipoh sering menghantar sms, minta telefon mereka jika kakaknya sedar, masing-masing dalam dilema, tak keruan, teringatkan kakak yang terlantar sakit.

11.30pm: kami diberi keizinan untuk bacakan yassin hingga waktu ini sahaja. lantas terus pulang ke surau untuk merehatkan badan.

4/8/2009

6.00am: kami terlewat sedar dari tidur, kebiasaannya kami akan terjaga jam 5.30am. mungkin krn kepenatan. bersiap-siap untuk solat subuh. selepas selesai solat, saya bacakan Yassin untuk ain, sejurus selesai bacaan yassin, saya menerima panggilan masuk ke handphone ibu, dari bilik ICU, jantung berdegup kencang. hati tertanya-tanya, suara lelaki kedengaran, minta segera ke ICU, bacakan yassin, dikhuatiri terlewat dan tak sempat untuk berjumpa.

6.40am: kami bergegas ke ICU, ibu, saya, suami, abang dan arina, masing-masing tak lekang berdoa. sampai di ICU, doktor meluru kearah kami, " puan, maafkan kami, sekarang jantung Ain dah berhenti berdegup, cuma oksigen dengan bantuan mesin sahaja yang masih berfungsi, itu pun agak lemah. kami dah cuba yang terbaik" sesungguhnya..ain telah kembali ke rahmatullah tepat jam 6.45am.

"Ain..selamat jalan, maafkan salah kami, semoga ain bahagia disana menemui Ilahi."

7.00am: berita pemergian ain disampaikan pada ayah , adik-adik di Ipoh, adik saya di Mesir , juga saudara mara terdekat. saya ingatkan pada adik-adik.. " jangan menangis, kakak pergi awal sikit je dari kita, kita semua akan jumpa kakak nanti, jaga amalan kita. baca yassin, mohon kekuatan dari Ilahi"

sementara ain di siapkan untuk dibawa ke bilik jenazah, ibu, saya, suami, abang dan arina langsung ke surau, berkemas-kemas untuk kembali ke bumi Ipoh.

10.00am: oleh kerana ada beberapa jenazah sebelum arwah ain, jadi pemandian dan proses kapan tertunda hingga ke waktu ini. saya gagahkan semangat, menemani ibu untuk memandikan jenazah ain. tubuhnya yang sempurna, wajahnya yang berseri, membuktikan ain pergi dalam iman. telah hampir 10 tahun ain menderita penyakit kencing manis, kini dia telah bebas, Allah telah meringankan beban sakitnya.

Arina gerak lebih awal, untuk pulang ke teluk intan memaklumkan pada bondanya. abang gerak sejurus lepas kami ambil sarapan pagi. abang terpaksa gerak awal kerana honda mengalami masalah untuk bawa laju.

11.45am: arwah telah sempurna dikapankan. rakan seperjuangan yang datang menziarahi menatap wajah terakhirnya. "ain..ramai kawan-kawan ain yang datang tengok ain. harap ain tahu mereka datang"

12.45am: atas permintaan ustaz dan rakan-rakannya di KUIS, arwah ain di sembahyangkan di Masjid al-Azhar KUIS, hampir ratusan pelajar menunggu kedatangan ain, termasuk pensyarah. semoga arwah tahu, bertapa ramai kawan-kawan yang menyayanginya..

1.00pm: tepat jam ini, van jenazah bersama 2 kereta bergegas gerak ke Ipoh

3.37pm: kami menyusuri exit tol Ipoh selatan. terus ke rumah di Taman Tambun. ramai saudara mara yang setia menunggu dari pagi. adik-adik nampak kuat mengahadapi ujian ini.

jenazah diusung ke dalam rumah, kain penutup muka dibuka, air mata tetamu yang hadir bercucuran melihat wajah ain, tampak berseri. seolah-olah tengah tidur. peluang terakhir untuk keluarga dan saudara mara meratapi dan mencium wajah arwah. bacaan tahlil diketuai oleh bapa mertua saya.

4.00pm:
arwah diusung ke van jenazah. langsung terus ke Masjid Baru Tambun. bersiap sedia untuk solat asar dan solat jenazah.

5.00pm:
jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun. lebih dekat dengan rumah dan mudah untuk menziarahi kuburnya.

arwah dimasukkan ke liang lahat oleh abang dan ayahnya sendiri.
"selamat jalan ain, ibu tinggalkan ain disini, nanti ibu lawat ain lagi" ucap ibu ringkas, terpancar kekuatan seorang ibu meratapi pemergian anak yang dikasihi.

jenazah selamat di kebumi dan ditalqinkan. rakan-rakan sekelas ain berkunjung hingga ke Ipoh. ingin menemani arwah hingga ke saat-saat akhir pengebumiannya.

hari berikutnya..cuaca sekitar Ipoh mendung, tiada pancaran cahaya matahari. adik saya uzair ada melafazkan, jika seorang hamba Allah yang beriman pergi mengadap Ilahi, malaikat-malaikat di langit akan menangisi pemergiannya, lantaran cuaca panas akan menjadi mendung.

setiap hari kami melawat kubur arwah, bacaan tahlil dan kerinduan mengiringi langkah kami ke pusara.

"YA ALLAH, PERTEMUAN SINGKAT YANG ENGKAU KURNIAKAN AKU SYUKURI, PERPISAHAN SEMENTARA YANG AKAN DIPERTEMUKAN SEMULA DISANA JUGA AKU SYUKURI, AKU GEMBIRA MENJADI HAMBAMU YANG REDHA DENGAN KEHENDAKMU. SELAMAT JALAN DAN SELAMAT BERTEMU KEMBALI AINNUR HUSNA"

Kasih kami hingga ke pintu syurga:

Ayah
Ibu
Abang
Kakngah
Kakyang
Kakcik
Andak
Adik

1 comment:

  1. arwah adelah orang yang paling tabah yang saye pnah kenal. die antara orang yang terlalu mulia.
    die pernah tanye kenape die yang mendapat ujian sebebsar ini. kini dia telah selamat. walau tak dapat temankan die hingga ke saat2 ter akhir. tapi saye tahu bahawa pengebumiannya pasti lancar dan mudah kerana die bukanloah orang yang jahat tetapi sebaik2 remaja yang saye pernah jumpa.

    sikap die yang sentiasa menutupi masalah dengan senyuman dan gelak tawa. tidak sekali die beri kami peluang untuk intai ke hati die. tak pernah die benarkan kami rasakan kepediahan yang die rasekan. kami satu bilik tidak pernah melupakan die walau satu saat sekali pun. husna, pemergian awak kitorang redhai tapi masih hampa tidak dapat menyambut ramdhan bersama2.

    niat hati tunggu awak balik bili dan mintak maaf banyak2. mungkin Allah lagi menyayangi awak. tak lame lagi kite akan jumpe;. Insyaallah. awak jangan takut. awak bukan keseorangan. kami sentiasa ada.

    husna awak gembira ke di sana?

    ReplyDelete