Thanks to be my Followers:

Thursday, December 24, 2009

Rindu Bertandang Lagi...

sekian lama saya belum berkesempatan untuk update blog ini. atas masalah kesihatan, saya delaykan segala yang terbuku dihati dan termaktub difikiran utk dikongsikan disini.

8 ogos 2009 yang lepas- genaplah umur arwah 19tahun. bacaan yassin kami sedekahkan buatnya.semoga rohnya tenang disana.

saya usap perut yang kian membesar,usia kandungan saya kini telah menjangkau 33minggu. cuma tinggal 7 minggu untuk bergelar ibu. terimbau kenangan tahun 2006, ain pernah berkata "kakngah bila nak kawin? cepat-cepatla kawin, ain teringin nak anak sedara" sayu rasa hati. belum sempat ain menatap wajah anak sedara yang diimpikannya. hanya sempat melihat saya berlawan morning sickness yang agak teruk ketika dia datang melawat saya di melaka utk kali terakhir. " kesian kakngah,asyik muntah-muntah ja" habis semua kerja rumah ain selesaikan. terima kasih ain.

satu per satu kenangan dengannya memutar di kotak fikiran. banyak salah silap saya pada dia. kesilapan-kesilapan ini membuatkan saya rasa lebih menyayat hati untuk melepaskan dia 'pergi'. hanya air mata serta bacaan alfatihh dan yassin mengiringi kerinduan yang membuku dihati.

ain, walau apa yang telah kakngah lakukan, walau apa yang telah terjadi, tak pernah sikit pun rasa sayang kakngah terhakis buat adik-adik kakngah. kakngah mungkin bukan kakak yang baik, tapi kakngah sentiasa akan cuba jadi yang terbaik. mungkin bukan disini tempat untuk kita, kakngah sentiasa berdoa, semoga kakngah akan diberi peluang untuk bersama-sama ain disana nanti, untuk menjadi yang terbaik buat ain dan adik-adik yang lain.

CatataonNota: Kakngah.

No comments:

Post a Comment