Thanks to be my Followers:

Sunday, September 6, 2009

AINHUSNA9009?

Ain pergi... setiap aktiviti harianku sering mengingatkanku padanya. makan nasi goreng, teringat nasi goreng cina masakannya. buat air, teringat air oren istimewanya... bila aku study, aku sering menulis namanya pada kitabku, kertasku... menulis-nulis tarikh lahirnya dan tarikh pemergiannya... aku mendapati tahun hayatnya amat cantik. 1990 lahir dan 2009 meninggal. lalu aku mencantumkannya... 9009. cantik! hari ini buat kesekian kalinya aku ke cyber cafe untuk meleraikan rinduku padanya dengan mengunjungi blog dan laman friendsternya. baru aku tersedar, selama ini aku melihatnya namun aku tak pernah memikirkannya. nama pada friendsternya AINHUSNA9009. masya Allah!

1 comment:

  1. kenapa seblm nie kami view frendster arwah syik x dpt...

    ReplyDelete