Thanks to be my Followers:

Sunday, September 6, 2009

AIR MATAKU GUGUR JUGA...

28 ogos 2009, Ramsis
-dapat berita ain kritikal di hospital. waktu tu aku tengah tunggu bas ke Mansurah. aku terkedu...huda di sebelahku bertanya, kenapa aku menangis? aku tak mampu menjawabnya...esoknya bila bertemu dan bersalam dengan sahabat2, mereka bertanya... kenapa tanganku panas? macam orang demam. aku tak mampu menjawabnya...

4 Ogos 2009, Kaherah
-2.37 am. aku terjaga, aku sangka nak dekat subuh tapi lambat lagi...suasana hening... beberapa minit lepas tu,handsetku berbunyi. aku berdebar, namun aku sudah menyediakan diri untuk pasrah dengan ketentuanNya...di hujung talian, suara ibuku tenang menyebut, "Tikah tenang ye, ain dah tak ade..." "hmm..."jawabku. malam itu menyaksikan sekujur tubuhku terdiam... antara realiti dan fantasi,ada sakinah yang masih tersisa ... aku tak mampu untuk lelap, lalu menyucikan diri, melabuhkan jilbabku dan tulus mengadapNya, memohon kekuatan dan memohon rahmat kasihNya buat adikku... setelah itu sekalung jambangan Yasin aku hulurkan buat mengiringi pemergiannya dari kejauhan....tenang aku berjemaah subuh bersama ahli rumahku. aku cuba sedaya upaya menyembunyi duka di jiwa. saat sang suria menjenguk dunia di ufuk timur, aku ke sutuh rumah... pagi itu begitu pelik bagiku...pagi yang suasananya tidak pernah aku lalui sebelum ini. cahaya matahari yang memancar tidak mampu untuk menerobos ke dalam hatiku.lama aku menyendiri, lalu kakiku melangkah ke cyber cafe... melihat kenangan2 bersamanya...

Pulang ke rumah, jiwaku sebak. air mataku gugur juga di hadapan sahabatku. air mataku gugur di bumi anbiya' ini... ternyata aku tidak setabah adikku ain. keseorangan menangis di rantauan, waktu itu aku memikirkan alangkah baiknya kalau aku dapat bersama keluargaku, menangis bersama, bercerita tentang arwah adikku bersama, menziarahi kuburannya bersama setiap hari, kerana di sini tidak ada yang merasai apa yang kurasa, biarpun sahabatku sedaya upaya memahami. namun aku pasrah, ini adalah ketentuanNya. di sebalik air mata ini ada rasa syukur yang terpatri kerana aku terpilih untuk menjadi orang yang diuji-Nya...

No comments:

Post a Comment